PENGUMUMAN
  • TERKINI! PENUTUPAN PERMOHONAN BARU PROGRAM USAHAWAN ANAK MUDA KOTA WILAYAH PERSEKUTUAN

  • RAYUAN PERMOHONAN PESERTA YANG TIDAK BERJAYA

SEMAKAN PERMOHONAN
SOALAN LAZIM

  • Pertama, inisiatif ini merupakan program penggalakan usahawan muda kota yang dirangka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Kementerian serta Jabatan Kerajaan lain yang berkaitan dengan pembangunan usahawan. Kerajaan mengharapkan inisitiaf ini dapat membantu seramai lebih kurang 1,000 orang anak muda yang kehilangan mata pencarian kerana kehilangan pekerjaan ekoran ketidakstabilan ekonomi global lantaran pandemik wabak COVID-19

  • Inisiatif - Inisiatif Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan:

    • Bayaran sewaan nominal;
    • Memudahcara (green lane) permohonan lesen perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj);
    • Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada Agensi Kerajaan;
    • Bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran;
    • Tawaran perniagaan francais (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan);
    • Peluang latihan serta tawaran-tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

  • Usaha pantas Kerajaan dalam menangani isu kehilangan mata pencarian di kalangan warga kota khususnya akibat pandemik Covid-19;
  • Merangsang ekonomi negara melalui sektor keusahawanan pasca pandemik Covid-19;
  • Salah satu usaha Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di lokasi-lokasi tumpuan dan strategik di ibu kota; dan
  • Membantu dan memperkasa usahawan mikro supaya lebih berdaya saing dalam menghadapi norma baharu.

  • Penyediaan kiosk atau ruang niaga untuk 1,122 orang usahawan di 169 lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

  • Peluang terbuka kepada individu yang berminat dalam bidang keusahawanan dan keutamaan diberikan kepada usahawan baharu atau usahawan sedia ada yang terjejas mata pencariannya akibat pandemik COVID-19.

  • Syarat-syarat kelayakan bagi menyertai program ini adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia.
    • Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
    • Berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada golongan belia.

  • Sekiranya sambutan amat menggalakkan, Kerajaan akan meneruskan program ini dengan menambah bilangan ruang perniagaan. Oleh itu, tiada tarikh akhir ditentukan bagi program ini.

  • Boleh dengan syarat permohonan dibuat atas nama pasangan atau ahli keluarga terdekat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

  • Minuman Alkohol / Vape / Shisha
  • Barangan mercun / bunga api
  • Barangan bundle
  • Barangan tiruan
  • Barangan ubat-ubatan dan kosmetik yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Barangan berunsurkan politik
  • Pinjaman peribadi / skim pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara
  • Perniagaan yang mengelirukan orang awam
  • Aktiviti perjudian atau tidak bermoral
  • Dan lain-lain perniagaan yang menyalahi undang-undang
HUBUNGI
Urusetia:

Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan

Talian Rasmi:

03 - 8889 7636 / 7644 / 7893 / 7767 / 7853

Alamat Emel:

myusahawankota.wp@gmail.com atau usahawanwp@jwp.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ruang Niaga Putrajaya, sila hubungi :

Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan Dan Pelesenan
Aras 5, Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya
No. 24, Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Putrajaya
(Pertanyaan: 03 8887 7231 / 7448 / 7219)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ruang Niaga Kuala Lumpur, sila hubungi :

Bahagian Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(Pertanyaan: 03 2028 2229)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Berjaya Times Square, sila hubungi :

Yayasan Wilayah Persekutuan
(Pertanyaan: 03 2698 3073 ext 300)